RAIKAN CINTA, HIBAHKAN HARTA
Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada Tuan/Puan kerana memilih untuk merancang/menguruskan harta dengan cara dan kaedah yang betul
RAIKAN CINTA, HIBAHKAN HARTA bersama NUR HIBAH CONSULTANTS
demi masa depan yang lebih terjamin
APAKAH MAKSUD PERANCANGAN HARTA?
PERANCANGAN HARTA bermaksud perancangan yang dibenarkan di dalam kaedah syarak bagi memastikan harta yang ada dapat diagihkan mengikut hajat dan hasrat seseorang.
MENGAPA PERLU MERANCANG HARTA?
Perancangan harta penting bagi memastikan agihan harta mengikut formula yang ditetapkan dan mengikut kaedah syarak selain itu juga bagi memastikan tiada pertelagahan antara waris-waris.
Selain itu, pentingnya pengurusan harta dengan sebaik-baiknya, kerana di hari kiamat, akan ditanya bagaimana harta diperolehi dan bagaimana harta tersebut diuruskan.
Apabila berbicara tentang topik PENGURUSAN HARTA, Masyarakat kita, iaitu Muslim di Malaysia khususnya seringkali mengaitkan dengan Wasiat dan Harta Pusaka (Faraid). Tahukah anda, HIBAH
adalah salah satu komponen PERGURUSAN HARTA dalam ISLAM?
APA ITU HIBAH?
HIBAH merupakan satu perkataan bahasa arab yang membawa maksud pemberian atau hadiah.
Syarak pula menyatakan hibah adalah akad yang menjadikan kepemilikan tanpa adanya pengganti ketika masih hidup dan dilakukan secara sukarela. Pemberian harta dari Pemberi Hibah kepada Penerima Hibah semasa hayatnya tidak mengharapkan sebarang balasan serta dibuat di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan.
Jika anda terdiri daripada salah satu kategori di bawah, maka anda perlu segera berhibah dan menghibahkan harta anda:
SIAPA PULA PENERIMA HIBAH?
Penerima Hibah boleh terdiri dari sesiapa sahaja baik ahli waris, ahli bukan waris, orang yang berlainan agama mahupun organisasi.
Apa yang lebih menarik mengenai Hibah ialah pemberian dibuat semasa hidup tetapi pindah milik hanya dibuat selepas kematian.
Hibah yang diberikan oleh ibu / bapa / datuk / nenek kepada anak / cucu juga boleh ditarik pada bila-bila masa.
" Ohhh takpe, saya taknak buat lagi Hibah ni..."
"Hurm, lain kali je saya buat..."
"Penting ke Hibah ni? Saya dah ada banyak harta dan aset. Nanti pandai-pandailah anak-anak nak urus lepas saya dah tiada nanti"
"Ye saya berpoligami. Tapi malas la nak buat Hibah ni..."
Sebelum membuat apa-apa keputusan, pertimbangkan dulu situasi di bawah:
SITUASI PERTAMA:
Ali mempunyai harta dan aset bernilai 3 juta. Ali mempunyai Empat anak perempuan dan seorang isteri. Beliau juga tahu mereka akan dapat bahagian paling sedikit, selebihnya akan dapat kepada adik-beradik lelakinya. Oleh itu, beliau pun menghibahkan rumah, duit akaun Tabung Haji, tanah di kampung, dan aset lain kepada isteri dan anaknya. Apabila Ali meninggal dunia, rumah dan juga duit akaun Tabung Haji akan menjadi 100% milik isteri dan anaknya. Adik-beradiknya lelaki Ali tidak boleh menuntut kerana itu bukan harta pusaka, ianya telah terkeluar daripada harta pusaka kerana Ali sudah menghibahkannya kepada isteri dan anaknya sewaktu Ali masih hidup. Kebajikan anak-anak dan isteri Ali terjamin dan tidak berlaku penganiayaan kepada anak-anak dan isteri Ali |
SITUASI KEDUA:
Syukri dan isterinya mengalami kemalangan, dan meninggal dunia di tempat kejadian. Syukri mempunyai tiga anak perempuan yang masih kecil berusia 3, 5 dan 8 tahun. Harta Syukri bernilai 5 juta dibahagikan secara faraid kerana Syukri tidak berhibah semasa hayatnya. Syukri mempunyai dua adik lelaki. Malangnya, selepas menikmati harta pusaka Syukri, adik lelaki Syukri tidak menjaga amanah anak-anak Syukri dengan baik, malah menyalahgunakan harta anak yatim tersebut. Kebajikan anak-anak Syukri tidak terjamin. Masa depan anak-anak Syukri tiada pembelaan |
Aliff dan Sofea membuat pinjaman rumah bernilai 500 ribu dengan dua penama. Mereka mempunyai anak lelaki dan perempuan berusia 5 dan 7 tahun. Aliff meninggal dunia tanpa sempat menghibahkan rumah tersebut kepada anak dan isteri beliau. Maka, 50% dari nilaian rumah tersebut (bahagian Aliff) adalah harta pusaka dan perlu dibahagi secara faraid. Rumah tersebut perlu dijual untuk mencairkan nilaian tunai. Dan akhirnya anak serta isteri Aliff tidak lagi mempunyai tempat berlindung. Mereka perlu bermula dari "kosong" untuk meneruskan kehidupan mereka |
"ANDA TIDAK PERLU MENUNGGU SEHINGGA BERGELAR JUTAWAN
BARU INGIN BERHIBAH.
ANDA HANYA PERLU MENGURUSKAN SEBAIKNYA HARTA SEDIA ADA SUPAYA DAPAT DISALURKAN KEPADA YANG TERSAYANG"
Saya dah nampak kebaikan dan hikmah berhibah.
Dan saya ingin membuat Deklarasi Hibah secepat mungkin.
Bagaimana caranya?
Baiklah. Izinkan kami menerangkan tentang produk dan perkhidmatan kami pula.
NURHIBAH CONSULTANTS menyediakan perkhidmatan deklarasi hibah dan dibahagikan kepada DUA kategori UTAMA:
DEKLARASI NUR HIBAH
Deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset (Harta Alih atau Tidak Alih) yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada penerima hibah atau juga beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan penerima hibah
&
DEKLARASI NUR HIBAH DAN AMANAH
Penyediaan DEKLARASI HIBAH adalah merangkumi:
1. Pelantikan wakalah
2. Pindaan item dalam penulisan hibah sebanyak tiga kali sebelum disempurnakan
3. Satu tambahan harta lain (jika ada)
Kos Penyediaan Deklarasi Hibah ini adalah bermula dari RM1300
YA. HANYA RM500
LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH & JADI ANTARA PELANGGAN TERAWAL YANG LAYAK MENDAPAT DISKAUN HEBAT SEHINGGA RM800 INI